Jumaat, 3 Disember 2010

Dilema Seorang Puteri - Part 01 Azra

Dilema Seorang Puteri - Prolog

Prolog

Seseorang ada mengatakan, dalam dunia ni tidak pernah wujud ‘kebetulan’, yang ada hanyalah keperluan untuk sesuatu tu terjadi.

Kita fikir sekejap tentang perkara ni. Makna ayat kat atas tu kalau kita faham secara langsung maksudnya sesuatu kejadian yang berlaku adalah ketentuan bukan secara kebetulan kerana situasi ‘kebetulan’ itu sebenarnya tidak wujud. Ada si polan tu, muka tak hensem pun tiba-tiba je menjadi popular ataupun si Fulus tu, masa kat sekolah, bangap giler tapi tiba-tiba boleh masuk University yang baik.

Ah aku lupa pulak apa yang aku nak cerita sebenarnya. Oh ya, apesal aku tetiba je berfalsafah hari ni? Aku sebenarnya tak nak fikir banyak tetapi bila dah ada kaitan dengan diri sendiri, baru la aku gelabah nak fikir. Biasa lah, orang putih kata ‘selfish’ orang melayu pulak kata pentingkan diri sendiri...aku pulak orang apa? Ha yang tu kita cerita lain kali.

Balik kita bercerita pasal kebetulan tadi, apesal aku berfalsafah sampai macam tu sekali...falsafah pulak fokus pada perkataan ‘kebetulan’ . Sebenarnya, nasib aku tak berapa baik. Dari dulu sampai sekarang asyik dirundung situasi malang...ni bukan lagi kebetulan tapi memang dah takdir aku macam ni...

Kesan peristiwa hitam bulan lepas tak habis lagi dalam ingatan. Ni nak masuk lagi satu periswa baru yang lebih hitam. Kalau fikir-fikirkan, periswa hari tu mungkin kelabu je berbanding dengan yang aku hadapi kali ni. Apa nak buat? Dah nasib badan.

Mungkin topiknya lari sikit, tapi kesimpulan yang boleh aku buat, kes dulu mungkin Miea yang mulakan tapi apa yang boleh aku katakan pada kejadian kali ni, orang lain yang nyalakan api, aku pulak tukang simbah petrol kat api tadi.